Apa yang ingin anda tahu?

Friday, May 20, 2016

KENALI JENIS KULIT ANDA

Sebelum Anda melakukan berbagai perawatan wajah, anda harus kenal terlebih dahulu jenis kulit dan permasalahan kulit yang sering timbul di wajah anda. Hal ini sangat penting untuk memilih produk yang tepat dan sesuai dengan yang kulit anda perlukan sehingga mendapat hasil yang menakjubkan
Berikut jenis kulit dan ciri-cirinya :

1. Kulit Normal

Jenis kulit ini termasuk jenis kulit yang sihat kerana minyak yang dikeluarkan oleh  kelenjar tidak berlebihan dan tersebar secara merata. Meskipun begitu, kulit normal tetap  harus  dirawat agar sentiasa segar,gebu dan cerah.

Ciri-ciri Kulit Normal 

  1. Permukaan kulit lembut, pori-pori kecil dan hampir tidak terlihat
  2. Cerah ,segar,tidak kusam
  3. Jarang mengalami masalah-masalah kulit terutama jerawat
  4. Jenis kulit ini mudah dalam pemilihan kosmetik.

2. Kulit Berminyak

Ciri-ciri Kulit Berminyak

  1. Pori-pori kelihatan besar
  2. Kelenjar minyak sangat aktif sehingga menampakkan muka sentiasa berkilat 
  3. Rona wajah terlihat kusam
  4. Mudah mengalami masalah jerawat dan blackhead
Ciri-ciri lainnya dari kulit berminyak adalah pori-pori kasar dan telihat besar, sangat bermasalah dengan jerawat dan blackhead, dan wajah sentiasa kelihat berkilat terutama di bahagian hidung
Ada banyak faktor penyebab kulit berminyak FAKTOR KULIT BERMINYAK, antara lain faktor genetik, makanan dan usia
Rawatan bagi Anda yang mempunyai kulit berminyak, disarankan mencuci muka maksimum 3 tiga kali dalam sehari, iaitu saat pagi, siang, dan malam sebelum tidur.

3. Kulit Kering

Ciri-ciri Kulit Kering

  1.  Pori-pori halus dan cenderung tidak terlihat
  2.  Kadar pengeluaran minyak dan air yang begitu rendah sehingga menampakkan kulit dehidrasi.
  3.  Kulit kering sangat mudah menggelupas dan terasa seperti tertarik selepas mencuci muka.
  4. Bintik-bintik hitam sangat mudah kelihatan dan timbul di permukaan kulit,
  5. Wajah kelihatan kusam dan tidak segar.
Mereka yang memiliki kulit dengan jenis ini harus rajin menggunakan krim pelembab yang cukup untuk menghindari masalah-masalah kulit diatas. Kulit kering terjadi disebabkan kelenjar minyak tidak mampu mengeluarkan  minyak dalam jumlah yang cukup untuk kulit . pemakanan yang tidak sihat seperti kurang pengambilan vitamin A dan B yang  terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran juga dapat menjadi penyebab hilangnya kekenyalan kulit, serta juga disebabkan kerana terdedah kepada sinar matahari yang berlebihan atau terlalu lama berada dalam keadaan dingin.

4. Kulit Kombinasi

Ciri-ciri Kulit Kombinasi

  1. Pada daerah T umumnya lebih cenderung berminyak, seperti di daerah dahi, hidung, dan dagu.
  2. Kulit normal atau kering di daerah U iaitu bahagian pipi.
Hal ini disebabkan kelenjar minyak yang mengeluarkan minyak dalam jumlah yang tidak sekata pada bahagian tertentu di wajah. Mereka yang memilkikulit jenis ini haruslah pandai dalam merawat. pada area kulit yang berminyak dirawat dengan perawatan untuk kulit yang berminyak dan pada area kering atau normal dirawat sesuai dengan jenis kulit tersebut.namun tidak perlu risau  kerana sekarang bermacam-macam produk yang keluar dan sesuai bagi semua jenis kulit.

5. Kulit sensitif

Ciri-ciri Kulit Sensitif

  1. Mudah terluka setelah menggunakan produk-produk tertentu.
  2. Kulit mudah kemerahan kerana pembuluh darah dan saraf berada dekat dengan permukaan kulit.
  3. Sangat cepat bertindak balas apabila terjadi perubahan suhu, biasanya kulit akan kemerahan ketika panas dan pucat ketika dingin.
  4. Tekstur kulit yang nipis
  5. Alergik
Walaupun begitu, tak semestinya gejala-gejala kemerahan pada kulit menentukan bahawa kulit anda adalah sensitif. Tindak balas yang biasa  terjadi seperti munculnya tompok-tompok merah pada kulit diiringi dengan rasa gatal, bengkak, dan perit., jika keadaan  ini terus terjadi dalam waktu lama, sebaiknya segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Tindak balas ini boleh terjadi sekiranya pengambilan makanan yang pedas, kafein, nikotin, minuman beralkohol, paparan sinar UV yang berlebihan, dan juga kerana stress.
Untuk itu, akan lebih baik bagi Anda untuk mengenali terlebih dahulu jenis kulit anda untuk menentukan langkah terbaik dalam merawat kulit sehingga kulit menjadi sihat, lembab, kenyal, dan terbebas dari masalah-masalah kulit.

No comments:

Post a Comment